Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

COVID-19: New Zealand gantung semua sukan ragbi

Penggantungan semua aktiviti ragbi di peringkat kelab dan masyarakat di New Zealand dilanjutkan ke tempoh masa yang tidak ditetapkan akibat COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: New Zealand gantung semua sukan ragbi

(Gambar: AFP/Odd Andersen)

Diterbitkan : 08 Apr 2020 06:27PM Dikemas Kini : 08 Apr 2020 06:32PM

NEW ZEALAND: Penggantungan semua aktiviti ragbi di peringkat kelab dan masyarakat di New Zealand dilanjutkan ke tempoh masa yang tidak ditetapkan akibat COVID-19.

New Zealand Rugby (NZR) pada Rabu (8 Apr) menyatakan tarikh sambung semula kegiatan sukan itu bergantung kepada panduan oleh kementerian kesihatan.

Semua perlawanan, latihan dan kursus pendidikan yang memerlukan kehadiran fizikal di New Zealand pada awalnya digantung hingga 18 April.

Namun badan pentadbir sukan itu menyatakan tidak realistik untuk memberi tarikh tepat bila aktiviti itu akan disambung semula memandangkan sekatan pergerakan seluruh negara yang dilaksanakan untuk membendung penularan COVID-19.

"Kami akan terus memantau situasi dan mengambil nasihat kerajaan bilakah ragbi dan sukan-sukan lain selamat disambung semula," menurut kenyataan NZR di lamannya. "Kami akan mengikut panduan Kementerian Kesihatan."


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan