Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

COVID-19: Indonesia ubah kampung atlit Sukan Asia 2018 jadi hospital kecemasan

Indonesia menjadikan "Kampung Atlit" yang dibina untuk Sukan Asia 2018 kepada hospital kecemasan dengan kapasiti menempatkan lebih 4,000 pesakit, kata pihak berkuasa pada Ahad (22 Mac), sedang jumlah jangkitan dan kematian berhubung COVID-19 di negara itu terus meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
COVID-19: Indonesia ubah kampung atlit Sukan Asia 2018 jadi hospital kecemasan

(Gambar: REUTERS/Ajeng Dinar Ulfiana)

Diterbitkan : 22 Mar 2020 05:35PM Dikemas Kini : 22 Mar 2020 05:46PM

JAKARTA: Indonesia menjadikan "Kampung Atlit" yang dibina untuk Sukan Asia 2018 kepada hospital kecemasan dengan kapasiti menempatkan lebih 4,000 pesakit, kata pihak berkuasa pada Ahad (22 Mac), sedang jumlah jangkitan dan kematian berhubung COVID-19 di negara itu terus meningkat.

Empat daripada 10 menara di Kampung Atlit, yang terletak di ibu kota negara itu, diubah menjadi kemudahan perubatan yang akan menempatkan lebih 7,000 orang, termasuk pasukan petugas virus korona, kakitangan perubatan dan sehingga 4,208 pesakit.

"Kementerian perusahaan milik negara akan menyediakan bekalan bagi hospital kecemasan itu untuk mengendalikan COVID-19, sama ada dalam bentuk peralatan penjagaan kesihatan, ubat-ubatan, peralatan perlindungan peribadi dan pelitup," kata menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN), Erick Thohir, dalam satu kenyataan.

Pada Sabtu, Indonesia mengesahkan 81 kes baru dan enam lagi kematian akibat virus itu, menjadikan jumlah kes kepada 450 dan kematian kepada 38. Indonesia mempunyai angka kematian tertinggi berkaitan COVID-19 di Asia Tenggara.

Gabenor Jakarta mengisytiharkan keadaan darurat di ibu kota Indonesia itu selama dua minggu akan datang akibat wabak itu.

Indonesia merupakan, negara keempat di dunia dengan paling ramai penduduk, menghadapi kritikan oleh para pekerja perubatan kerana lewat memulakan ujian bagi jangkitan itu.

Bergantung kepada perkembangan penularan virus korona itu di Indonesia, pihak berkuasa boleh menukar lebih banyak menara di Kampung Atlit menjadi kemudahan perubatan, kata para pegawai.

"Jika kesemua 10 menara digunakan, maka 20,000 pesakit boleh ditampung," kata jurucakap kementerian kerja awam dan perumahan kepada Reuters.

Nisbah angka kematian berbanding jumlah jangkitan yang direkodkan di Indonesia adalah 8.7 peratus iaitu antara yang tertinggi di dunia - malah lebih tinggi daripada 8.3 peratus yang dicatat di Itali. Para pakar perubatan mengatakan ia mungkin petanda bahawa banyak kes tidak dapat dikesan.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan