Coutinho wira Bayern Munich; jaringkan 3 gol
RB Leipzig naik ke takhta liga hasil kemenangan besar ke atas Fortuna Düsseldorf dalam Liga Bundesliga Jerman.
MUNICH: RB Leipzig naik ke takhta liga hasil kemenangan besar ke atas Fortuna Düsseldorf dalam Liga Bundesliga Jerman.
Patrik Schick membuka tirai jaringan untuk pasukan pelawat Leipzig seawal minit kedua.
Timo Werner menyempurnakan peluang penalti untuk gol kedua Leipzig. Nordi Mukiele memastikan tiga mata penuh untuk Leipzig, pada minit ke-75.
Di padang Bayern Munich, pasukan tuan rumah berpesta gol ketika menentang Werder Bremen.
Philippe Coutinho meraih gol hat-trick untuk memastikan Bayern menang 6-1. Ia sekali gus memecahkan kebuntuan Bayern yang belum pernah menang sejak dua perlawanan lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.