Chong Wei: Bukan saya dalam video seks itu
Jaguh badminton Malaysia, Lee Chong Wei, menafikan bahawa beliau terlibat dalam video seks yang tular di media sosial, menurut laporan Malaysiakini.
KUALA LUMPUR: Jaguh badminton Malaysia, Lee Chong Wei, menafikan bahawa beliau terlibat dalam video seks yang tular di media sosial, menurut laporan Malaysiakini.
“Dia tidak nampak macam saya pun.
“Kenapa ini berlaku?
“Mungkin sesetengah orang ini ada banyak masa (untuk sebarkan video sebegitu),” kata beliau kepada Sin Chew Daily.
Chong Wei juga mendedahkan bahawa beliau sendiri menerima video itu yang dihantar oleh pelbagai pihak.
“Kamu nak saya hantar pada kamu?” katanya berseloroh.
“Ramai orang hantar pada saya.
“Ada pelbagai jenis orang di luar sana, saya malas hendak ambil peduli.”
Menurut laporan Malaysiakini, carian di internet dengan mudahnya akan mempertemukan kita dengan beberapa laman web lucah yang memuat naik video lelaki yang didakwa mirip Chong Wei itu.
Video kira-kira 11 minit itu memaparkan hubungan seks seorang lelaki dan seorang wanita.
Laporan tersebut muncul sedang filem berkaitan kisah hidup Chong Wei bakal ditayangkan di panggung wayang tidak lama lagi.
Malam perdana filem berkenaan akan diadakan pada 9 Mac depan dan bakal mencatat rekod antarabangsa apabila 30,000 orang dijangka menontonnya di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Ia akan ditayangkan menggunakan layar gergasi LED bersaiz 40 meter x 17 meter.
Chong Wei bagaimanapun berkata bahawa beliau tidak akan membuat laporan polis berkaitan penyebaran video itu kerana lelaki tersebut bukan dirinya, menurut laporan Malaysiakini.
Namun, beliau dilapor memberitahu The Malaysian Insight bahawa beliau akan membuat laporan polis bagi mencari siapa dalangnya.
Beliau tidak menolak kemungkinan langkah itu adalah percubaan sesetengah pihak mensabotaj filemnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.