Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

China tuan rumah Piala Asia 2023 setelah Korea Selatan tarik diri

China kelihatan hampir pasti bakal menjadi tuan rumah temasya bola sepak Piala Asia pada 2023 setelah satu-satunya pesaing, Korea Selatan, menarik diri daripada proses pemilihan.

Anggaran Waktu Membaca:
China tuan rumah Piala Asia 2023 setelah Korea Selatan tarik diri

Acara pembukaan Bola Sepak Piala Asia 2019 disambut meriah. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 May 2019 11:46AM Dikemas Kini : 16 May 2019 11:53AM

REUTERS: China kelihatan hampir pasti bakal menjadi tuan rumah temasya bola sepak Piala Asia pada 2023 setelah satu-satunya pesaing, Korea Selatan, menarik diri daripada proses pemilihan.

Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) memaklumkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai hasratnya untuk menarik diri melalui surat yang dikirimkan pada Rabu, lantas membuka peluang kepada China untuk menjadi tuan rumah temasya bola sepak itu buat kali kedua.

Kali terakhir China mengadakan Piala Asia adalah pada 2004, di mana negara itu kalah 3-1 dalam perlawanan akhir di tangan Jepun di Beijing.

"Kami perlu membuat pilihan antara Piala Asia AFC 2023 dengan Piala Dunia Wanita," kata Setiausaha Agung KFA Chun Hanjin dalam satu kenyataan di laman web pertubuhan itu.

"Kami mengambil keputusan strategik untuk menumpukan usaha kepada Piala Dunia Wanita."

"Bagi Piala Dunia Wanita, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan pemerintah akan giat menyokong usaha menjadi tuan rumah bersama oleh kedua-dua negara Korea."

KFA pada Mac mengumumkan bidaan bersama dengan Korea Utara untuk menghoskan Piala Dunia Wanita 2023. Argentina, Australia, Bolivia, Brazil, Colombia, Jepun, New Zealand dan Afrika Selatan turut menunjukkan minat.

AFC dijadual mengumumkan nama tuan rumah Piala Asia 2023 pada 4 Jun.

Sumber : Reuters/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan