Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

China sokong komitmen Kim lucutkan senjata nuklear

China menyokong kuat komitmen Korea Utara untuk melucutkan senjata nuklear.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jun 2018 06:27PM Dikemas Kini : 20 Jun 2018 09:10PM

BEIJING: China menyokong kuat komitmen Korea Utara untuk melucutkan senjata nuklear.

Presiden China Xi Jin Ping membuat ikrar tersebut selepas bertemu dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Beijing.

Encik Kim sedang melakukan lawatan dua hari ke China untuk memberi taklimat kepada Presiden Xi mengenai sidang puncaknya dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Singapura minggu lalu.

Ini merupakan lawatan ketiga Encik Kim ke China sejak Mac lalu.

Dalam lawatan itu, beliau berikrar untuk mengukuhkan hubungan persahabatan, perpaduan dan kerjasama yang berterusan dengan sekutunya itu.

Presiden Xi juga berikrar untuk terus memainkan peranan membina dalam proses pelucutan senjata nuklear Korea Utara.

Sumber : AFP/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan