Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

China raih pingat emas pertama Sukan Asia

China memenangi pingat emas pertama Sukan Asia dalam acara sukan wushu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Aug 2018 04:57PM Dikemas Kini : 19 Aug 2018 11:40PM

JAKARTA: China memenangi pingat emas pertama Sukan Asia dalam acara sukan wushu.

Sun Peiyuan mengalahkan peserta kategori changquan lelaki dalam wushu, menewaskan lawannya dari negara tuan rumah.

Majlis pembukaan sukan itu berlangsung semalam (18 Ogos) dengan upacara gilang-gemilang, diwarnai dengan bunga api dan tarian.

Presiden Indonesia, Joko Widodo, membuat kemunculan istimewa di Stadium Gelora Bung Karno dengan menunggang motosikal di atas pentas sebelum merasmikan acara itu.

Mantan juara badminton Olimpik, Susi Susanti, menyalakan obor sukan dalam upacara itu.

Sukan Asia menyaksikan penyertaan kira-kira 18,000 atlit dan pegawai dari 45 negara Asia. Ia menerima sorakan gemuruh, terutamanya apabila para atlit dari dua negara Korea berbaris di bawah satu bendera yang sama - seperti yang dilakukan di Sukan Musim Sejuk Pyeongchang pada awal tahun ini. 

Sumber : Agensi berita/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan