Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Chile, Agentina, Paraguay dan Uruguay buat bidaan bersama tuan rumah Piala Dunia 2030

Argentina, Chile, Paraguay dan Uruguay akan membuat bidaan bersama untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2030, menurut Presiden Chile Sebastian Pinera pada Khamis (14 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Chile, Agentina, Paraguay dan Uruguay buat bidaan bersama tuan rumah Piala Dunia 2030

Penjaga gawang pasukan Perancis Hugo Lloris menjulang Piala Dunia pada 2018 (Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 15 Feb 2019 09:33AM Dikemas Kini : 15 Feb 2019 09:38AM

SANTIAGO: Argentina, Chile, Paraguay dan Uruguay akan membuat bidaan bersama untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2030, menurut Presiden Chile Sebastian Pinera pada Khamis (14 Feb).

Argentina, Paraguay dan Uruguay sudahpun menyerahkan bidaan bersama bagi edisi ke-100 tahun kejohanan bola sepak antarabangsa itu, namun Pinera menulis di Twitter bahawa presiden ketiga-tiga negara tersebut bersetuju dengan penyertaan Chile bagi "bidaan bersama".

Pinera berkata beliau sudah mencadangkan idea penyertaan Chile itu kepada presiden ketiga-tiga negara sejak beberapa bulan lalu.

Uruguay adalah tuan rumah dan juara Piala Dunia pertama pada 1930 . Chile pula menjadi tuan rumah pada 1962 manakala Argentina, seperti Uruguay, menjulang piala itu semasa menjadi tuan rumah pada 1978.

Ketiga-tiga presiden Argentina, Uruguay dan Paraguay adalah peminat bola sepak dan pernah memegang jawatan presiden sebuah kelab bola sepak di negara masing-masing.

Hanya Pinera sahaja, seorang hartawan yang merupakan mantan guru, yang belum ada sebarang kaitan dengan sukan itu.

Bidaan negara-negara Amerika Selatan itu akan disaingi oleh Maghribi dan mungkin juga beberapa bidaan bersama yang lain. Ini termasuk bidaan oleh Britain dan Ireland, serta bidaan oleh Greece, Serbia, Bulgaria dan Romania.

Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez turut mengusulkan untuk membuat bidaan bersama Portugal dan juga Maghribi, yang sudah lima kali gagal dalam bidaan menjadi tuan rumah Piala Dunia.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan