Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Chelsea tunjuk taring, kalahkan Huddersfield 3-0

Chelsea menang besar dalam perlawanan pembukaan di Huddersfield. Di bawah tunjuk ajar pengurus baru Maurizio Sarri, Chelsea berjaya membolosi gawang gol lawan pada minit ke-34 menerusi N'Golo Kante.

Anggaran Waktu Membaca:
Chelsea tunjuk taring, kalahkan Huddersfield 3-0

Jorginho menyumbatkan satu gol dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana England. (Gambar: Oli Scarff/ AFP)

Diterbitkan : 12 Aug 2018 07:21PM Dikemas Kini : 12 Aug 2018 07:25PM

LONDON: Chelsea menang besar dalam perlawanan pembukaan di Huddersfield. Di bawah tunjuk ajar pengurus baru Maurizio Sarri, Chelsea berjaya membolosi gawang gol lawan pada minit ke-34 menerusi N'Golo Kante.

Sejurus sebelum masa rehat, pemain baru Chelsea, Jorginho, menyempurnakan tendangan penalti bagi gol kedua pertarungan di padang pasukan lawan itu.

Meskipun Chelsea mendahului perlawanan 2-0 sebelum tamat separuh masa pertama, pasukan itu terus menggugat gawang lawan menerusi hantaran lebih banyak ke barisan serangan.

Huddersfield bagaimanapun berjaya membendung serangan sehinggalah Willan digantikan dengan Eden Hazard yang kemudian menghantar bola yang cantik kepada Pedro Rodriguez.

Pedro Rodriguez memastikan Chelsea menang 3-0. 

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan