Images
  • chelsea (1)
    (Gambar: AFP)

Chelsea tewaskan Norwich City; intai aksi Liga Juara-Juara Eropah musim depan

LONDON: Pasukan tuan rumah Chelsea meningkatkan peluangnya untuk bertanding dalam Liga Juara-Juara Eropah pada musim depan dengan menewaskan Norwich City 1-0 di Stamford Bridge pada Selasa (14 Jul).

Penyerang Perancis Olivier Giroud menjaringkan gol kemenangan Chelsea dalam masa tambahan separuh masa pertama perlawanan.

Dengan kemenangan itu, Chelsea mengukuhkan kedudukannya di tangga ketiga Liga Perdana England (EPL) dan melompat empat mata di hadapan Leicester City dan Manchester United yang turut berebut dengan Chelsea untuk menduduki antara empat tangga teratas liga.

Bagi Norwich City pula, kekalahan di tangan Chelsea adalah kekalahan kelapan berturut-turut dalam EPL dan pasukan tersebut akan diturunkan ke divisyen kedua pada musim depan selepas tewas kepada West Ham United pada Sabtu lalu.

Dalam perlawanan seterusnya, Chelsea akan berdepan dengan Manchester United di peringkat separuh akhir Piala FA England di Stadium Wembley pada Ahad ini.

- REUTERS/AW/na

Top