Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Chelsea menang tipis 3-2 ke atas Arsenal

Chelsea mengalahkan Arsenal 3-2 dalam Liga Perdana England.

Anggaran Waktu Membaca:
Chelsea menang tipis 3-2 ke atas Arsenal

(Gambar: Ed Sykes/Reuters)

Diterbitkan : 19 Aug 2018 05:53PM Dikemas Kini : 19 Aug 2018 05:56PM

LONDON: Chelsea mengalahkan Arsenal 3-2 dalam Liga Perdana England.

Namun begitu, pengurusnya Maurizio Sarri berkata pasukan Blues belum lagi bersedia untuk memberi cabaran kepada kejuaraan liga tersebut.

Chelsea menyumbat dua gol dalam tempoh 20 minit pertama tetapi kedudukannya berjaya disamakan Arsenal sebelum wisel masa rehat ditiupkan.

Gol kemenangan Chelsea dijaringkan pada minit ke-81 melalui jaringan pemain pertahanan, Marcos Alonso.

Ini bermakna Arsenal memulakan kempen EPL yang baru ini tanpa kemenangan dalam dua perlawanan.

Dalam satu lagi perlawanan, Tottenham Hotspur menduduki tangga kedua liga selepas menundukkan Fulham 3-1.

Spurs menjaringkan gol pertama melalui Lucas Moura sebelum mendapat gol kedua pada minit ke-74 melalui tendangan percuma Kieran Trippier.

Kapten England, Harry Kane, menjaringkan gol ketiga Spurs bagi memastikan kemenangan pasukannya.

Sumber : CNA/RU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan