Chelsea masih belum setanding Liverpool
Chelsea bakal bertemu Liverpool, pasukan yang mendahului ranking Liga Perdana England (EPL) pada awal pagi Ahad ini (30 Sep).
LONDON: Chelsea bakal bertemu Liverpool, pasukan yang mendahului ranking Liga Perdana England (EPL) pada awal pagi Ahad ini (30 Sep).
Meskipun berdepan situasi kecoh di Stamford Bridge, pengurus baru Chelsea Maurizio Sarri diumumkan sebagai pengganti Antonio Conte hanya sebulan sebelum musim baru bermula.
Malah, Chelsea turut kehilangan penjaga gol terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Thibaut Courtois yang menghilangkan diri untuk memaksa perpindahannya ke Real Madrid.
Pemain terbaik EPL, Eden Hazard turut melahirkan minatnya untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol itu
Namun, daripada terus tercicir selepas menamatkan saingan di tangga keenam musim lalu, 30 mata di belakang juara Manchester City, Chelsea memintas Manchester United, Tottenham dan Arsenal untuk bersama-sama City bagi terus mengejar Liverpool, yang hanya dibezakan dua mata.
Encik Sarri berulang kali menegaskan bahawa skuad kendaliannya masih belum layak dibandingkan dengan City atau Liverpool.
“Kami mula bekerja bersama 40 hari lalu. Jadi bagi kami, ia masih terlalu awal.
“Kami perlu bekerja keras, membaiki kelemahan dan mungkin dalam satu tahun, kami akan berada di tahap sama dengan Liverpool,” kata beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.