Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Chelsea benam Porto 2-0; peluang mara ke separuh akhir makin cerah

Gol hebat Mason Mount membantu Chelsea menang 2-0 dalam perlawanan pertama menentang Porto, yang mensia-siakan banyak peluang sehingga menyulitkan usaha pasukan dari Portugal itu untuk mencipta satu lagi kemenangan dalam perlawanan pertama peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Anggaran Waktu Membaca:
Chelsea benam Porto 2-0; peluang mara ke separuh akhir makin cerah

(Gambar: EPA)

Diterbitkan : 08 Apr 2021 09:48AM Dikemas Kini : 08 Apr 2021 09:51AM

SEVILLE: Gol hebat Mason Mount membantu Chelsea menang 2-0 dalam perlawanan pertama menentang Porto, yang mensia-siakan banyak peluang sehingga menyulitkan usaha pasukan dari Portugal itu untuk mencipta satu lagi kemenangan dalam perlawanan pertama peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Percubaan Mount pada babak pertama perlawanan sudah cukup menyakitkan buat Porto, yang beraksi lebih baik dalam perlawanan di Seville itu tetapi kurang menyengat di hadapan gawang gol lawan.

Sebaliknya, Ben Chilwell yang mengambil kesempatan daripada kesilapan benteng pertahanan Porto pada lewat babak kedua untuk menjaringkan gol kedua Chelsea, sekali gus mencerahkan peluang pasukan dari London itu untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Jika Chelsea berjaya mara ke peringkat separuh akhir, Real Madrid mungkin menanti mereka setelah gergasi Sepanyol itu menewaskan Liverpool 3-1 pada Selasa.

"Meskipun menang, kami tidak terlalu ghairah," tegas jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan