Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Chelsea akan sediakan 78,000 hidangan makanan bagi pekerja perubatan, amal

Chelsea akan menyumbangkan 78,000 hidangan makanan percuma kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan pusat kebajikan yang membantu warga emas dan golongan yang memerlukan sepanjang pandemik COVID-19, kata kenyataan dikeluarkan kelab Liga Perdana itu, pada Khamis (16 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Chelsea akan sediakan 78,000 hidangan makanan bagi pekerja perubatan, amal

(Gambar: AFP/DANIEL LEAL-OLIVAS)

Diterbitkan : 17 Apr 2020 12:34PM Dikemas Kini : 17 Apr 2020 12:50PM

LONDON: Chelsea akan menyumbangkan 78,000 hidangan makanan percuma kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan pusat kebajikan yang membantu warga emas dan golongan yang memerlukan sepanjang pandemik COVID-19, kata kenyataan dikeluarkan kelab Liga Perdana itu, pada Khamis (16 Apr).

Sumbangan The Blues itu akan meringankan beban kakitangan NHS yang terpaksa bekerja dalam tempoh waktu yang lama di lima buah hospital.

"Kami sentiasa komited untuk membantu masyarakat kami terutama mereka yang lemah dan kami menyedari ia lebih-lebih penting sekarang.

"Pemilik kami, Roman Abramovich berpengaruh dalam mencabar kami untuk mencari jalan bagi membantu golongan yang memerlukan," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Stadium Old Trafford Manchester United yang kebiasaannya dilihat penuh dengan warna merah akan disinari cahaya biru sebagai tanda sokongan kepada NHS sepanjang pandemik melanda.

"Ia sebagai sokongan kepada usaha luar biasa barisan petugas hadapan yang berjuang melawan pandemik COVID-19,” kata United dalam satu kenyataan. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : AFP/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan