Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

CEO baru Hab Sukan S'pura mahu tawarkan kegiatan, acara lebih baik buat masyarakat

Encik Oon mahu mempelbagaikan acara yang dianjurkan seperti acara jejak warisan sukan di Kallang dan sebuah taman kembara pada 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jan 2018 06:34PM Dikemas Kini : 23 Jan 2018 10:29PM

SINGAPURA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hab Sukan Singapura mahu menumpukan kepada usaha menawarkan kegiatan dan acara yang lebih baik buat masyarakat.

Encik Oon Jin Teik berkongsi matlamatnya itu di satu sidang media, siang tadi (23 Jan), di mana pelantikannya sebagai CEO baru juga diumumkan.

Encik Oon menyertai Hab Sukan Singapura pada 2014 sebagai Ketua Pegawai Operasinya.

Dan Mei lalu, beliau mula menyandang jawatan Pemangku CEO, selepas perletakan jawatan CEO lama, Manu Sawhney.

Mantan perenang negara, Encik Oon berkata beliau amat gembira dengan prestasi 2017 dengan 15 juta pelawat mengunjungi Hab Sukan.

Salah satu acara antarabangsa iaitu Piala Juara-Juara menarik 100,000 peminat bagi tiga perlawanan yang dianjurkan.

Melihat ke hadapan, Encik Oon mahu mempelbagaikan acara yang dianjurkan seperti acara jejak warisan sukan di Kallang dan sebuah taman kembara pada 2019.

Sumber : CNA/MM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan