Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Calon dari S'pura tarik diri daripada pencalonan Jawatankuasa Eksekutif AFC

Calon dari Singapura, Winston Lee menarik diri pada saat-saat akhir bagi jawatan anggota Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi penggal 2019-2023.

Anggaran Waktu Membaca:
Calon dari S'pura tarik diri daripada pencalonan Jawatankuasa Eksekutif AFC

Mantan Setiausaha Agung FAS Winston Lee. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 06 Apr 2019 07:34PM Dikemas Kini : 06 Apr 2019 07:38PM

KUALA LUMPUR: Calon dari Singapura, Winston Lee menarik diri pada saat-saat akhir bagi jawatan anggota Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi penggal 2019-2023.

Keputusan mantan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) itu dibuat pada hari Kongres AFC ke-29 berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini (6 Apr).

Dengan penarikan diri tersebut, ia membuka ruang kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Hamidin Mohd Amin, untuk dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif AFC.

Encik Hamidin, 53 tahun, dalam kalangan tiga anggota antara Zon ASEAN yang dipilih selain Chris Nikou dari Persekutuan Bolasepak Australia (FFA) dan Dr Tran Quoc Tuan dari Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) untuk mengisi tiga slot bagi zon berkenaan. 

Ketiga-tiganya menang tanpa bertanding setelah Encik Lee menarik diri pada saat-saat akhir.

"Ini penghormatan buat FAM dan Malaysia amnya. Saya berharap untuk bukan sahaja mewakili suara Malaysia dan ASEAN di AFC tetapi turut membina hubungan lebih erat dengan rakan-rakan persatuan yang juga ahli gabungan AFC dalam misi menaikkan lagi standard bola sepak kita," kata Encik Hamidin. 

Anggota Jawatankuasa Eksekutif lain yang terpilih untuk penggal 2019-2023 ialah Abed-Alkhaliq Masoud Ahmed (Iraq); Hachem Haider (Lubnan); Sheikh Salem Said Salem Al Wahaibi (Oman); Dr Hamid Mohammed Ali Al-Shaibani (Yemen - Zon Barat); Sayed Ali Reza Aghazada (Afghanistan – Zon Tengah), Dasho Ugen Tsechup Dorji (Bhutan – Zon Selatan) dan Eric Fok Kai Shan Eric (Hong Kong – Zon Timur).

Pada Kongres AFC kali ini, Presidennya, Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa dari Bahrain, mengekalkan jawatan tanpa bertanding selepas penarikan diri Mohamed Khalfan Matar Saeed Al Romaithi dari UAE dan Saoud A. Aziz M A Al-Mohannadi dari Qatar.

Turut hadir ke Kongres AFC ialah Presiden FIFA Gianni Infantino dan Setiausaha Agung FIFA Fatma Samoura.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan