Bundesliga: RB Leipzig raih kemenangan 3-0 tewaskan Hertha Berlin
Kelab yang menduduki tangga kedua Bundesliga Jerman,RB Leipzig, meraih kemenangan 3-0 ke atas kelab Hertha Berlin.
BERLIN: Kelab yang menduduki tangga kedua Bundesliga Jerman,RB Leipzig, meraih kemenangan 3-0 ke atas kelab Hertha Berlin.
Ia sekali gus merapatkan jurang dengan pendahulu liga Bayern Munich kepada dua mata.
Leipzig membuka jaringan pada minit ke 27, menerusi kapten Marcel Sabitzer.
Jaringan pemain pertahanan Nordi Mukieledan Willi Orban memberikan Leipzig kemenangan keempat berturut-turut dalam liga.
Hertha belum dapat meraih kemenangan dalam lapan perlawanan terakhir liga dan kini menduduki tangga ke-15.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.