Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bundesliga disambung semula tanpa penonton pada 16 Mei

CEO Liga Bola Sepak Jerman mengumumkan rancangan menyambung semula perlawanan bagi Bundesliga 1 dan 2, pada 16 hari bulan ini, tetapi tanpa kehadiran para penonton.

Anggaran Waktu Membaca:
Bundesliga disambung semula tanpa penonton pada 16 Mei

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 May 2020 06:09PM Dikemas Kini : 08 May 2020 06:14PM

JERMAN: CEO Liga Bola Sepak Jerman mengumumkan rancangan menyambung semula perlawanan bagi Bundesliga 1 dan 2, pada 16 hari bulan ini, tetapi tanpa kehadiran para penonton.

Perlawanan Bundesliga yang digantung lebih dua bulan akibat COVID-19, menjadi liga bola sepak pertama di Eropah yang disambung semula.

Encik Christian Seifert mengakui, ia bukan aksi bola sepak seperti biasa dan sambungan semula perlawanan bola sepak Jerman itu adalah di bawah probesyen.

Para pegawai Bundesliga merancang untuk mengadakan perlawanan terakhir pada 27 Jun.

Semua pasukan akan berlatih tujuh hari dalam pengasingan dan para pemain akan menjalani ujian COVID-19 sebelum mula berlatih.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan