Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Brunei undur diri dari pusingan kelayakan Piala Suzuki dek kesan COVID-19

Brunei menyatakan ia menarik diri daripada pusingan kelayakan Piala Suzuki kerana pandemik COVID-19 menyebabkan mereka tidak boleh membuat persiapan bagi perlawanan serantau itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Brunei undur diri dari pusingan kelayakan Piala Suzuki dek kesan COVID-19

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 09 Nov 2021 02:49PM Dikemas Kini : 09 Nov 2021 02:54PM

REUTERS: Brunei menyatakan ia menarik diri daripada pusingan kelayakan Piala Suzuki kerana pandemik COVID-19 menyebabkan mereka tidak boleh membuat persiapan bagi perlawanan serantau itu.

Brunei dijadual bersaing dengan Timor-Leste pada 1 Disember dalam satu perlawanan bagi mendapatkan tempat dalam fasa berkumpulan perlawanan itu, yang akan diadakan di Singapura.

Edisi 2020 Piala Suzuki ditunda disebabkan COVID-19.

"Pandemik malangnya mempunyai kesan meluas terhadap persiapan pasukan kami bagi perlawanan itu," kata presiden persatuan bola sepak Brunei, Matusin Matasan.

"Sementara segala usaha dijalankan bagi menghuraikan kesulitan, ia terbukti terlalu rumit di peringkat ini."

Timor-Leste akan beraksi dalam Kumpulan A bersama juara lima kali, iaitu Thailand, tuan rumah Singapura, Myanmar dan Filipina. Juara bertahan Vietnam disenaraikan dalam Kumpulan B bersama Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Perlawanan itu dijadual bermula pada 5 Disember dengan pusingan akhir pada 1 Januari.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan