Images
  • brighton liverpool epl
    Brighton kalahkan Liverpool 1-0 dalam perlawanan EPL di Anfield pada 3 Feb 2021 (Gambar: Reuters/Paul Ellis)

Brighton kejutkan Liverpool dengan kemenangan 1-0

LIVERPOOL: Harapan Liverpool untuk merangkul gelaran Liga Perdana England mengalami tamparan hebat apabila Brighton & Hove Albion meraih kemenangan mengejutkan 1-0 di Anfield pada Rabu (3 Feb).

Steven Alzate menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-56 manakala Liverpool tidak dapat bertindak balas setelah gagal menjaringkan gol dalam perlawanan liga yang ketiga berturut-turut di padang sendiri.

Dengan pendahulu liga Manchester City mengalahkan Burnley pada awal Rabu, Liverpool yang menduduki tangga keempat ketinggalan tujuh mata di belakang pasukan Pep Guardiola setelah bermain lebih satu perlawanan.

Brighton melanjutkan kemenangan di padang sendiri hujung minggu lalu ke atas Tottenham Hotspur dengan satu lagi penampilan berdisiplin ke atas Liverpool yang tidak bermaya.

Alzate berada di tempat yang betul tepat pada waktunya sedang tandukan tinggi oleh Dan Burn ke arahnya berjaya disempurnakan dan membolosi penjaga gawang Liverpool, Caoimhin Kelleher.

Sementara Liverpool berusaha keras untuk membolosi tembok pertahanan Brighton, mereka kadang-kala membuka ruang benteng pertahanan sendiri dengan Leandro Trossard dan Yves Bissouma kedua-duanya hampir menggandakan kelebihan gol Brighton.

Brighton bertahan dengan selesa untuk berganjak 10 mata di atas zon penyingkiran ke tangga ke-15.

- Reuters/TQ/tq

Top