Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Brazil 'rembat' Bolivia 3-0 dalam pembukaan Kejohanan Copa America

Brazil menang besar ke atas Bolivia dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Copa America.

Anggaran Waktu Membaca:
Brazil 'rembat' Bolivia 3-0 dalam pembukaan Kejohanan Copa America
Diterbitkan : 15 Jun 2019 05:20PM Dikemas Kini : 15 Jun 2019 05:24PM

SAO PAULO: Brazil menang besar ke atas Bolivia dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Copa America.

Kali ini 10 negara Amerika Selatan mengambil bahagian termasuk pasukan jemputan Qatar dan Jepun.

Kebuntuan tanpa jaringan gol dalam perlawanan di Sao Paulo, Brazil itu hanya berjaya dipecahkan dalam babak kedua.

Philippe Coutinho tidak mensia-siakan tendangan penalti pada minit kelima babak kedua bagi gol pembukaan Brazil.

Tiga minit kemudian, Coutinho sekali lagi bertindak cemerlang untuk menanduk masuk gol ketiga Brazil.

Lima minit sebelum wisel penamat, Everton memastikan Brazil meraih tiga mata penuh menerusi kemenangan 3-0.

Ini merupakan kali pertama Copa America diadakan di Brazil sejak 1989.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan