Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bottas akan bermula di petak pertama F1 GP China

Pemandu Finland, Valtteri Bottas akan memulakan  perlumbaan Grand Prix (GP) China esok (14 Apr) di petak pertama selepas mencatatkan masa terpantas dalam sesi ujian kelayakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bottas akan bermula di petak pertama F1 GP China

Valtteri Bottas beraksi semasa pusingan kelayakan. (Gambar: REUTERS/Aly Song)

Diterbitkan : 13 Apr 2019 09:58PM Dikemas Kini : 13 Apr 2019 10:06PM

SHANGHAI: Pemandu Finland, Valtteri Bottas akan memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) China esok (14 Apr) di petak pertama selepas mencatatkan masa terpantas dalam sesi ujian kelayakan.

Kejayaan Bottas itu menyaksikan dominasi pasukan Mercedes apabila rakan sepasukannya, Lewis Hamilton akan bermula di petak kedua.

Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel terpaksa bermula di petak ketiga dalam perlumbaan kejuaraan dunia F1 ke-1,000.

Rakan sepasukan Vettel, Charles Leclers akan memulakan perlumbaan di petak keempat.

Bottas yang kali terakhir berjaya memulakan perlumbaan di petak pertama di Rusia, September lalu adalah pemandu ketiga berlainan yang berjaya menyambar petak pertama dalam tiga perlumbaan musim ini.

Sesi latihan terakhir di Grand Prix China terpaksa dipendekkan selepas pemandu Toro Rosso, Alexander Albon hilang kawalan dan mengalami kemalangan ngeri.

Pemandu berusia 23 tahun itu keluar daripada jenteranya tanpa kecederaan serius namun kemalangan itu menggemparkan penonton di Shanghai. 

Sumber : Reuters/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan