Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola Sepak Sukan SEA: Singapura tumpas 0-2 di tangan Indonesia

“Perlawanan menentang Singapura lebih hangat berbanding Thailand.”

Anggaran Waktu Membaca:

Ini bermakna pasukan pimpinan Fandi Ahmad itu menyertai pasukan Brunei dan Laos sebagai tiga pasukan Kumpulan B yang belum mencatat sebarang kemenangan sejauh ini.

TERUS BERJUANG

Walaupun kecewa, para penyokong Singapura yang turun padang menyaksikan perlawanan tersebut kekal positif.

Ibu kepada pemain tengah Jacob Mahler yang hadir menyaksikan pertarungan itu bahkan mengucap kata-kata perangsang.

“Terus beri yang terbaik. Kalah atau menang tidak kira. Asalkan anda tahu anda sudah memberikan yang terbaik untuk negara,” ujar Wong Soh Foon, 58 tahun.

Hanya segelintir sahaja daripada 800 orang penonton perlawanan tersebut merupakan penyokong Singapura yang termasuk Cik Wong dan suaminya Henrik Mahler, 74 tahun, yang tiba di Manilasejak Isnin lalu (25 Nov).

Vietnam dan Indonesia pula menduduki dua tangga teratas Kumpulan B dengan hanya tinggal lagi tiga perlawanan untuk menentukan siapa mara ke peringkat seterusnya.

Dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan berentap di pusingan separuh akhir pada 7 Disember nanti.

Dalam perlawanan seterusnya, Singapura akan menentang juara bertahan Thailand pada Ahad ini (1 Dis).

Sumber : BERITA Mediacorp/SM/IZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan