Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Spurs kalah mengejut di tangan Newcastle

Tottenham Hotspur kalah mengejut 1-0 di padang sendiri kepada Newcastle United dalam perlawanan Liga Perdana England pada Ahad (25 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Spurs kalah mengejut di tangan Newcastle

(Gambar: REUTERS/Peter Nicholls)

Diterbitkan : 26 Aug 2019 10:05AM Dikemas Kini : 26 Aug 2019 10:12AM

LONDON: Tottenham Hotspur kalah mengejut 1-0 di padang sendiri kepada Newcastle United dalam perlawanan Liga Perdana England pada Ahad (25 Ogos).

Joelinton, pemain termahal dalam sejarah kelab tersebut dengan nilai kontrak £40 juta (S$68.1 juta), menjaringkan gola pada minit ke-27, melepasi penjaga gawang Hugo Lloris selepas menyambut tendangan Christian Atsu.

Kemenangan itu amat diperlukan pengurus Newcastle Steve Bruce selepas pasukan itu kalah dua perlawanan pertamanya musim ini.

Newcastle berdepan dengan permainan mencabar namun Tottenham gagal memanfaatkan penguasaan bagi menghasilkan peluang gol.

Pasukan tuan rumah menuntut tendangan penalti pada minit ke-78 apabila pemain pertahanan Newcastle Jamaal Lascelles tersandung di hadapan Harry Kane dan menyebabkan kedua-duanya terjatuh. Namun pengadil dan penilaian VAR mendapati penalti tidak wajar diberikan.

Spurs sekali lagi diberi peluang menyamakan kedudukan beberpa minit kemudian namun tendangan Lucas Moura tersasar.

Pemilik Spurs, Mauricio Pochettino, berkata pasukannya kini terpaksa menerima kekalahan kerana beberapa individu yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan.

"Saya amat kecewa dengan prestasi dan keputusan perlawanan ini. Kadang-kala, ia bukan bergantung kepada penguasaan permainan, ia juga memerlukan tindakan individu dan hari ini kami tidak menunjukkan mutu yang kami perlukan."

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan