Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: S'pura tewas 0-1 kepada Vietnam, tersingkir dari Sukan SEA

Pasukan bola sepak Singapura kalah tiga kali berturut-turut di Sukan SEA ke-30 - tumpas kepada Vietnam 0-1 pada Selasa (3 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: S'pura tewas 0-1 kepada Vietnam, tersingkir dari Sukan SEA

S'pura tewas 0-1 kepada Vietnam. (Gambar: SNOC)

Diterbitkan : 03 Dec 2019 11:00PM Dikemas Kini : 03 Dec 2019 11:04PM

MANILA: Pasukan bola sepak Singapura kalah tiga kali berturut-turut di Sukan SEA ke-30 - tumpas kepada Vietnam 0-1 pada Selasa (3 Dis).

Pasukan Singa Muda sudah tersingkir dari pertandingan sebelum mereka mula perlawanan, menyusuli kemenangan Thailand 2-0 ke atas Laos awal hari ini.

Pada minit ke-84, penyerang Ha Duc Chin berjaya menjaringkan gol di Stadium Memorial Rizal di Manila sekali gus, memberikan kemenangan kepada Vietnam untuk mengekalkan rekod sempurna mereka dalam Kumpulan B.

Keputusan itu bermakna Singapura melalui empat perlawanan tanpa menjaringkan sebarang gol.

Pasukan Vietnam, yang menang dalam semua perlawanan sebelumnya menentang Brunei,  Laos dan Indonesia, menunjukkan tanda kelelahan sejam selepas perlawanan bermula.

Singapura berpeluang menamatkan kemarau empat perlawanan tanpa gol
apabila bertemu Brunei pada Khamis.

Ikuti liputan Mediacorp bagi Sukan SEA ke-30 dan dapatkan laporan paling meluas Team Singapore melalui empat saluran LIVE di Toggle. Lungsuri toggle.sg/seagames2019 bagi butiran lanjut.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan