Images
  • bola
    (Gambar: AFP)

Bola sepak: Prestasi Leicester semakin baik di bawah Rodgers

LONDON: Hampir dua tahun selepas pelantikan Brendan Rodgers, Leicester sekali lagi cuba mengancam 'enam pasukan teratas' Liga Perdana bagi mara ke kejohanan berprestij Liga Juara-Juara musim akan datang.

Pasukan Foxes mendahului juara bertahan Liverpool dengan tiga mata menjelang perlawanan penting kedua-dua pasukan di King Power pada Sabtu (13 Feb).

Rodgers boleh bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi Jurgen Klopp berdasarkan pengalaman peribadinya bersama Liverpool.

Jurulatih dari Ireland Utara itu dipecat pada Oktober 2015.

Bagaimanapun, Klopp berjaya meraih gelaran liga tersebut musim lalu selepas kegagalan Rodgers.

Namun, pengurus dari Jerman itu berdepan masalah kehilangan pemain utama di padang sejak Virgil van Dijk cedera ligamen pada Oktober.

Ketiadaan pemain Belanda itu ditambah dengan kecederaan teruk pemain pertahanan tengah, Joe Gomez serta Joel Matip.

Pasukan Klopp hanya menang tiga daripada 11 perlawanan terakhir dan tersingkir daripada Piala FA serta ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Manchester City.

Kedudukan Leicester pula antara dua kelab yang mendominasi bola sepak England sejak empat musim lalu. Pasukan dibentuk Rodgers itu menjadi pencabar konsisten untuk menempa tempat ke Liga Juara-Juara.

- AFP/NA/na

Top