Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Portugal juara sulung Liga Negara-Negara

Portugal menambah gelaran Liga Negara-Negara yang julung kali diadakan, kepada kejuaraan Euro 2016 mereka apabila jaringan Goncalo Guedes memastikan kemenangan 1-0 dalam perlawanan akhir menentang Belanda di Porto, pada Ahad (9 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Portugal juara sulung Liga Negara-Negara

Portugal tewaskan Belanda 1-0. (Gambar: Patricia De Melo Moreira/AFP)

Diterbitkan : 10 Jun 2019 11:39AM Dikemas Kini : 10 Jun 2019 11:43AM

PORTO, PORTUGAL: Portugal menambah gelaran Liga Negara-Negara yang julung kali diadakan, kepada kejuaraan Euro 2016 mereka apabila jaringan Goncalo Guedes memastikan kemenangan 1-0 dalam perlawanan akhir menentang Belanda di Porto, pada Ahad (9 Jun).

Gandingan Virgil van Dijk dan Matthijs de Ligt di benteng pertahanan berjaya menghalang Cristiano Ronaldo tetapi pemain sayap Valencia, Guedes membuktikan kemampuannya apabila melakukan rembatan bertenaga bagi mengatasi penjaga gol Belanda, Jasper Cillessen.

“Syukur kepada Tuhan semuanya berjalan baik bagi pasukan kebangsaan dalam beberapa tahun ini. Portugal memenangi pelbagai kejohanan penting seperti Euro 2016 dan kini Liga Negara-Negara,” kata Ronaldo.

“Ia kelihatan mudah tetapi sebenarnya sukar, ia perlukan dedikasi dan kemahuan tinggi. Saya rasa pemain berhak untuk diberi ucapan tahniah.”

Portugal dapat berehat sehari lebih dan tidak dipaksa bermain hingga ke masa tambahan ketika perlawanan separuh akhir menentang Switzerland berbanding Belanda yang menewaskan England Khamis lalu.

Pasukan tuan rumah kelihatan lebih segar manakala pasukan kendalian Ronald Koeman pula kelihatan kepenatan di penghujung musim yang panjang ini.

“Saya tak tahu jika kami kepenatan tetapi kami tidak cukup baik,” kata Koeman.

“Pertahanan mereka baik dan pertahanan mereka ketat tetapi anda perlu lebih baik dengan bola dan kami tidak.”

Perlawanan itu dilihat sebagai pertembungan antara Ronaldo dengan Van Dijk tetapi dengan kekebalan kapten Belanda itu di benteng pertahanan, ancaman dari Portugal datang daripada pemain tengah Bernardo Silva yang turut dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

“Saya sangat gembira, sangat berbangga. Ini adalah gelaran pertama saya bersama negara saya,” kata Silva yang memenangi tiga gelaran domestik bersama Manchester City pada musim ini.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan