Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Messi dinobat pemain terbaik FIFA

Lionel Messi dinobatkan Pemain Lelaki Terbaik FIFA tahun ini manakala pesaingnya Cristiano Ronaldo pula tidak kelihatan di majlis penyampaian di La Scala Opera House di Milan pada Isnin (23 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Messi dinobat pemain terbaik FIFA

Penyerang Argentina dan Barcelona Lionel Messi (kiri) menerima Anugerah Pemain Terbaik FIFA 2019 pada 23 Sep (Gambar: AFP/Marco Bertorello)

Diterbitkan : 24 Sep 2019 11:04AM Dikemas Kini : 24 Sep 2019 11:07AM

MILAN: Lionel Messi dinobatkan Pemain Lelaki Terbaik FIFA tahun ini manakala pesaingnya Cristiano Ronaldo pula tidak kelihatan di majlis penyampaian di La Scala Opera House di Milan pada Isnin (23 Sep).

Kemenangan penyerang Barcelona itu merupakan satu kejutan kerana beliau berjaya mengatasi Virgil Van Dijk, yang dinobatkan sebagai pemain terbaik UEFA bulan lalu setelah membantu Liverpool menjulang piala Liga Juara-Juara musim lalu.

Penyerang Juventus Ronaldo pula disenarai pendek bagi anugerah tersebut namun tidak menghadiri majlis penyampaian itu.

Kini kedua-dua Messi, 32 tahun, dan Van Dijk, 28 tahun, sedang bersaing bagi anugerah berprestij Ballon d'Or yang akan diumumkan pada 2 Disember.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang memberi saya pengiktirafan ini," kata Messi.

"Yang paling penting bagi saya adalah anugerah bersama, namun malam ini juga malam istimewa buat saya."

Ini kali pertama Messi memenangi anguerah Pemain Terbaik FIFA, yang diasaskan pada 2016. Ronaldo memenangi anugerah itu pada 2016 dan 2017, manakala pemain dari Croatia, Luka Modric, diiktiraf tahun lalu.

Messi merupakan penjaring gol terbanyak semasa Liga Juara-Juara musim lalu dengan 12 gol, sebelum Barcelona disingkirkan oleh Liverpool di peringkat separuh akhir.

Warga Argentina itu juga memenangi Sepatu Emas Eropah setelah menjaringkan 36 gol, menjulang kejuaraan La Liga bersama Barcelona dan membantu Argentina meraih gangsa di 2019 Copa America.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan