Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Lucas bawa Tottenham ke peringkat akhir Liga Juara-Juara

Jaringan saat akhir Lucas Moura membawa Tottenham Hotspur ke pusingan akhir Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam sejarah kelab itu apabila menewaskan Ajax 3-2 di gelanggang lawan, awal pagi tadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Lucas bawa Tottenham ke peringkat akhir Liga Juara-Juara

Jaringan saat akhir Lucas Moura membawa Tottenham Hotspur ke pusingan akhir Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam sejarah kelab. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 May 2019 08:49AM Dikemas Kini : 09 May 2019 08:56AM

AMSTERDAM: Jaringan saat akhir Lucas Moura membawa Tottenham Hotspur ke pusingan akhir Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam sejarah kelab itu apabila menewaskan Ajax 3-2 di gelanggang lawan, awal pagi tadi (9 Mei).

Pada akhir separuh masa kedua di Arena Johan Cyruff, kedudukan agregat terikat 3-3 tetapi Spurs menempah tempat ke peringkat akhir menentang Liverpool di Madrid menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan.

Gergasi Belanda, Ajax tampak berada di laluan untuk ke peringkat akhir apabila mendahului 2-0 sebelum rehat tetapi pasukan pelawat menyamakan kedudukan pada babak kedua sebelum Lucas melengkapkan hatriknya pada masa kecederaan bagi membawa pasukan kendalian Mauricio Pochettino itu ke peringkat akhir.

Memperoleh kelebihan 1-0 hasil kemenangan di London minggu lalu, Ajax yang rata-rata dibarisi pemain muda seperti sudah dijamin kemenangan apabila meledak gol pembukaan menerusi kapten, Matthijs de Ligt seawal minit kelima.

Tuan rumah tambah selesa apabila Hakim Ziyech meledak jaringan kedua pada minit ke-35.

Jaringan itu menyaksikan Tottenham memerlukan keajaiban sama seperti dilakukan Liverpool ketika menewaskan Barcelona di Anfield semalam tetapi dengan jurang masa lebih terhad.

Mengikuti semangat tidak kenal erti mengalah Reds, Spurs menjaringkan gol pertama pada minit ke-55 menerusi Lucas hasil umpanan Dele Alli.

Mereka kemudian menyamakan kedudukan empat minit kemudian apabila tampanan penjaga gol Andre Onana berpunca daripada cubaan Fernando Llorente berjaya disambut oleh Lucas dan penyerang dari Brazil itu meledak gol kedua.

Beliau menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan bagi mengesahkan kemaraan Spurs.

Sumber : AFP/EM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan