Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Lionel Messi menangis bersendirian atas kekalahan Barcelona

Lionel Messi menangis selepas impiannya untuk memenangi Liga Juara-Juara buat kali kelima musnah, berikutan kekalahan Barcelona di tangan Liverpool baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Lionel Messi menangis bersendirian atas kekalahan Barcelona

Lionel Messi dilaporkan jadi sasaran penyokong Barcelona untuk meluahkan kemarahan selepas pasukannya tewas di tangan Liverpool. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 May 2019 08:47AM Dikemas Kini : 10 May 2019 08:53AM

LIVERPOOL: Lionel Messi menangis selepas impiannya untuk memenangi Liga Juara-Juara buat kali kelima musnah, berikutan kekalahan Barcelona di tangan Liverpool baru-baru ini.

Akhbar Britain, Guardian, melaporkan Messi menangis dalam bilik persalinan Barcelona dan tidak dapat dipujuk selepas pasukannya kalah 4-0 dalam perlawanan dengan Liverpool di Anfield.

Sesetengah pemain Barcelona sukar menerima kekalahan itu, apatah lagi selepas mereka mendahului 3-0 pada separuh akhir pertama di Camp Nou, minggu lalu.

Namun, kekecewaan mereka tidaklah sehebat yang dirasai Messi, 31, apatah lagi penyerang kebangsaan Argentina itu menjadi sasaran mudah penyokong kelab Catalan tersebut untuk meluahkan kemarahan.

Lebih malang lagi, Messi ditinggalkan oleh bas pasukannya kerana dipilih untuk menjalani ujian dadah secara rambang yang dilakukan sejurus tamat perlawanan, lapor Guardian. 

Menurut laporan-laporan media Sepanyol, sejurus selepas Messi tiba di Lapangan Terbang Liverpool John Lennon, Messi terlibat dalam pertengkaran dengan sekumpulan penyokong Barcelona yang marah dengan kekalahan pasukan itu dalam Liga Juara-Juara.

Rakan sepasukannya, Luis Suarez mengakui, kekalahan tersebut memberi kesan yang amat besar buat Barcelona dan semua pemain sangat kecewa.

"Kami amat sedih, terluka.

"Kami semua manusia biasa yang merasai keperitan, kekecewaan. Keadaan sekarang ibarat peluru yang menembusi dada dan kami perlu mengeluarkannya," ujar bekas penyerang Liverpool itu, seperti dipetik oleh Guardian.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan