Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Liga Perdana Singapura akan bermula tanpa penonton pada 13 Mac

Musim 2021 Liga Perdana Singapura (SPL) akan bermula tanpa kehadiran penonton, dengan hanya lapan kumpulan bersaing, menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Selasa (23 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Liga Perdana Singapura akan bermula tanpa penonton pada 13 Mac

(Gambar: SPL)

Diterbitkan : 23 Feb 2021 11:49PM Dikemas Kini : 23 Feb 2021 11:51PM

SINGAPURA: Musim 2021 Liga Perdana Singapura (SPL) akan bermula tanpa kehadiran penonton, dengan hanya lapan kumpulan bersaing, menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Selasa (23 Feb).

Dalam satu kenyataan media, FAS mengambil perhatian bahawa Brunei DPMM, yang merupakan juara liga pada dua musim lalu, memaklumkan kepada mereka bahawa mereka perlu menarik diri daripada edisi liga tahun ini kerana sekatan perjalanan COVID-19.

"Kedua-dua pihak melakukan banyak usaha untuk meninjau aturan-aturan yang memuaskan bagi penyertaan DPMM FC dalam liga itu, tetapi malangnya ia tidak berhasil," menurut FAS.

"Meskipun ia situasi yang malang, FAS menghargai bahawa DPMM FC sudah melakukan segala yang mungkin untuk mengambil bahagian dalam SPL tetapi perlu mematuhi dasar nasional Brunei bagi mengekang virus itu. DPMM FC kekal sebagai pasukan utama SPL dan kami menantikan untuk menerima mereka kembali pada musim depan."

Musim lalu, yang digantung pada pertengahan Mac akibat pandemik COVID-19 dan disambung semula pada pertengahan Oktober, juga menyaksikan DPMM menarik diri atas sebab isu-isu serupa.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan