Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Juventus seri 0-0 dengan AC Milan

Aksi bola sepak di Itali bermula semula dengan perlawanan separuh akhir Coppa Italia antara Juventus dengan AC Milan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Juventus seri 0-0 dengan AC Milan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Jun 2020 08:28PM Dikemas Kini : 13 Jun 2020 08:33PM

TURIN, ITALI: Aksi bola sepak di Itali bermula semula dengan perlawanan separuh akhir Coppa Italia antara Juventus dengan AC Milan.

Perlawanan yang diadakan tanpa penonton itu menyaksikan Juventus mendapat peluang keemasan untuk mendapat jaringan pertama melalui tendangan penalti pada minit ke-13.

Juara Serie A, Juve mara berdasarkan gol tempat lawan ke saingan perlawanan akhir di Rome hasil seri 1-1 pada Februari di San Siro meskipun pasukan dari Milan itu bermain 74 minit dengan 10 pemain sahaja.

Malahan, bintang Portugal Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan satu tendangan penalti yang diterimanya.

Milan kemudian kehilangan seorang pemain selepas Ante Rebic dilayangkan kad merah.

Kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk mendapatkan jaringan tetapi dapat dipatahkan oleh penjaga gawang masing-masing.

Keputusan berakhir seri 0-0 dengan Juventus berjaya melangkah masuk ke peringkat akhir Coppa Itali melalui jaringan di tempat lawan dengan agregat 1-1.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan