Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Joseph Palatsides Pengarah Teknikal FAS baru, gantikan Michel Sablon

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) melantik Joseph Palatsides dari Australia sebagai pengarah teknikal barunya hari ini (2 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Joseph Palatsides Pengarah Teknikal FAS baru, gantikan Michel Sablon

Pengarah teknikal baru FAS Joseph Palatsides (memegang jersey merah), menggantikan Michel Sablon. (Gambar: Matther Mohan)

Diterbitkan : 02 May 2019 08:29PM Dikemas Kini : 02 May 2019 08:30PM

SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) melantik Joseph Palatsides dari Australia sebagai pengarah teknikal barunya hari ini (2 Mei).

Beliau menggantikan Michel Sablon yang melepaskan jawatan itu pada Disember tahun lalu.

Palatsides, 53 tahun, berkhidmat bagi pasukan Melbourne City dalam Liga-A sejak 2012 sebelum melepaskan jawatannya bulan lalu.

Sebagai jurulatih Liga Belia Nasional Melbourne City pula, pasukan itu berjaya menjadi juara pada tahun 2015 dan 2017.

Palatsides kemudian menjadi pembantu jurulatih kelab tersebut pada 2017 tetapi terus memainkan peranannya dalam Liga Belia Nasional.

Sebagai pengarah teknikal FAS, Palatsides bertanggungjawab ke atas pembangunan bola sepak dan mencari bakat-bakat baru bagi Singapura.

Pasukan lelaki Singapura buat masa ini berada di tangga ke-160 dalam ranking dunia sementara pasukan wanita berada di tangga ke-120. 

Sumber : CNA/AQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan