Bola sepak: Guardiola diiktiraf pengurus terbaik
Pengurus Manchester City Pep Guardiola mengatasi Jurgen Klopp untuk menjulang trofi buat kali kedua dalam masa tiga hari, kali ini untuk meraih gelaran pengurus terbaik tahun ini dianugerahkan Persatuan Pengurus Liga pada Selasa (14 Mei).
LONDON: Pengurus Manchester City Pep Guardiola mengatasi Jurgen Klopp untuk menjulang trofi buat kali kedua dalam masa tiga hari, kali ini untuk meraih gelaran pengurus terbaik tahun ini dianugerahkan Persatuan Pengurus Liga pada Selasa (14 Mei).
Man City berjaya mempertahankan takhta Liga Perdana pada Ahad, mengalahkan Liverpool dengan satu mata di penghujung musim liga.
Setelah turut memenangi Piala Liga pada awal musim ini Man City juga berpeluang mencatat tiga kejuaraan domestik bola sepak England apabila mereka berdepan dengan Watford pada perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu ini di stadium Wembley.
Guardiola mendapat undian paling banyak untuk mengatasi Jurgen Klopp, pengurus Tottenham Mauricio Pochettino yang memimpin pasukannya ke peringkat akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama dan pengurus Wolves, Nuno Espirito Santo.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.