Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola Sepak: Facebook bakal siar 380 perlawanan La Liga secara percuma

Tidak lama lagi, para penduduk di lapan buah negara termasuk Pakistan dan India dapat menonton secara percuma menerusi Facebook, perlawanan-perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola Sepak: Facebook bakal siar 380 perlawanan La Liga secara percuma

Gambar fail perlawanan antara Barcelona dengan Celta Vigo pada 2017. (Gambar: Albert Gea/ Reuters)

Diterbitkan : 14 Aug 2018 11:07PM Dikemas Kini : 14 Aug 2018 11:13PM

MADRID: Tidak lama lagi, para penduduk di lapan buah negara termasuk Pakistan dan India dapat menonton secara percuma menerusi Facebook, perlawanan-perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol. Ini setelah Facebook berjaya mendapatkan hak untuk menyiarkan perlawanan La Liga secara langsung.

Selain di Pakistan dan India, kesemua 380 perlawanan dalam musim La Liga 2018-2019, yang bermula pada Jumaat (17 Ogos), boleh ditonton di rangkaian media sosial Afghanistan, Bangladesh, Bhutan, Sri Lanka, Maldives dan Nepal.

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan Facebook dan membawa aksi-aksi bintang bola sepak kepada para peminat La Liga di benua kecil India," kata Presiden La Liga Javier Tebas.

"La Liga adalah satu rujukan dalam dunia bola sepak dan kami berpuas hati kerana jumlah mereka yang boleh menyaksikan perlawanan secara langsung di kawasan tersebut, kini lebih besar daripada sebelumnya. Mereka juga boleh menonton perlawanan secara percuma melalui Facebook."

Perjanjian itu berjalan selama tiga musim dan turut merangkumi program-program analisis sebelum dan selepas sesuatu perlawanan.

Perincian kewangan bagi perjanjian itu bagaimanapun tidak didedahkan dalam kenyataan yang dikeluarkan tetapi agensi berita Sepanyol melaporkan bahawa perjanjian itu bernilai €90 juta (S$140 juta).

Pada Jun lalu, La Liga mengumumkan bahawa ia sudah memperbaharui kontraknya bagi lima musim - antara 2019 hingga 2024 - bagi hak penyiaran antarabangsa untuk kejohanan Sepanyol pada harga sekitar €4.48 bilion (S$7 bilion) - atau sekitar €896 juta (S$1.4 bilion) setiap musim, kenaikan sebanyak 30 peratus berbanding perjanjian sebelumnya.

PENONTON 'BARU'

Facebook pada awal bulan ini mencapai satu persetujuan dengan penyiar Britain, Eleven Sports, untuk menayangkan satu perlawanan La Liga dan Serie A setiap minggu di platformnya.

Penampilan sulung Ronaldo dengan Juventus di Chievo pada 18 Ogos, dan perlawanan pembukaan Atletico di Valencia yang berlangsung dua hari kemudian, antara perlawanan yang akan disiarkan secara percuma.

"Kerjasama ini mencerminkan komitmen kami untuk membantu penyiar-penyiar menjangkaui lebih banyak penonton baru, membina jenama mereka dan menawarkan pengalaman baik bagi para peminat sukan di Facebook," kata jurutera sofwe Facebook, Encik Rhys Beer.

Perjanjian itu antara yang terkini dalam sektor online yang mendapat kontrak penyiaran perlawanan bola sepak selepas Amazon mendapat hak untuk menayangkan 20 perlawanan Liga Perdana bagi setiap musim selama tiga tahun di Britain, bermula dari musim 2019/20 pada Jun.

India mempunyai lebih satu bilion pengguna telefon bimbit - lebih besar daripada mana-mana negara di dunia. Hampir setengah bilion penduduknya yang mempunyai akses kepada Internet, kebanyakannya melalui telefon bijak, yang membolehkan penstriman video melalui platform-platform seperti Facebook.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan