Images
  • eric
    (Gambar: AFP) 

Bola sepak: Eric Bailly cedera, Solskjaer bimbang

SHANGHAI: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer ‘mengharapkan yang terbaik’ selepas pemain pertahanan, Eric Bailly mengalami kecederaan ketika menang mengatasi Tottenham Hotspur 2-1 pada Khamis (25 Jul).

Kaki pemain berusia 25 tahun itu kelihatan seakan tersekat di padang tiruan Stadium Hongkou di Shanghai. Menurut Solskjaer, lutut Eric Bailly cedera.

Solskjaer, yang dikaitkan dengan usaha mendapatkan pemain pertahanan tengah Leicester City, Harry Maguire sebelum kehilangan Bailly, berkata: “Bukanlah sesuatu yang bagus apabila anda cedera.

“Tidak berbaloi apabila anda hilang pemain. Dia sudah menjalani pemeriksaan awal tetapi kami tidak tahu betapa serius kecederaan itu.

“Kami perlu pulang ke Manchester dan membuat imbasan.

“Kita mengharapkan yang terbaik.”

Bailly, yang masuk sebagai pemain gantian kepada Chris Smalling selepas babak pertama, digantikan pada minit ke-56.

Ia bagaimanapun mencemari kemenangan terbaru yang diraih United, yang kini termasuk semua empat perlawanan pramusim persahabatan.  

- AFP/NA/na

Top