Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak England: Pemain dilayang kad penalti jika sengaja batuk ke arah lawan, pengadil

Pemain yang sengaja batuk ke arah pemain pasukan lawan atau pengadil boleh dilayangkan kad merah atau kuning di bawah garis panduan baru yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak England: Pemain dilayang kad penalti jika sengaja batuk ke arah lawan, pengadil

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 03 Aug 2020 09:32PM Dikemas Kini : 03 Aug 2020 09:34PM

REUTERS: Pemain yang sengaja batuk ke arah pemain pasukan lawan atau pengadil boleh dilayangkan kad merah atau kuning di bawah garis panduan baru yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Arahan kepada pengadil yang mengendalikan permainan ketika sekatan COVID-19 dilaksanakan akan berkuat kuasa serta merta bagi semua peringkat perlawanan.

Dokumen FA bagi pengadil itu menyatakan tindakan harus diambil jika "pengadil yakin si pemain dengan sengaja, dan dari jarak dekat, batuk ke arah muka pemain lawan atau kakitangan perlawanan..."

Ia juga menambah kesalahan itu tertakluk di bawah kategori "menggunakan bahasa dan/atau isyarat yang menyinggung, menghina atau kasar".

"Jika kejadian itu tidak begitu serius hingga menyebabkan pemain diperintah keluar padang, satu amaran boleh dikeluarkan bagi "perbuatan tidak bersemangat sukan - menunjukkan rasa kurang hormat terhadap permainan itu".

Dokumen itu menambah bahawa pengadil tidak boleh menghukum perbuatan batuk yang biasa dan perlu mengingatkan pemain supaya elak daripada meludah ke lantai, meskipun ia bukan satu perbuatan salah.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan