Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Cristiano Ronaldo dinobat pemain lelaki terbaik di Anugerah Dubai Globe

Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo menggenggam satu lagi anugerah bagi pencapaiannya dalam bidang bola sepak.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Cristiano Ronaldo dinobat pemain lelaki terbaik di Anugerah Dubai Globe

Cristiano Ronaldo raikan gol Juventus ke atas AC Milan (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Dec 2019 07:25PM Dikemas Kini : 30 Dec 2019 07:27PM

DUBAI: Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo menggenggam satu lagi anugerah bagi pencapaiannya dalam bidang bola sepak.

Pemain Portugal itu, yang kini bersama pasukan Juventus, dipilih sebagai Pemain Lelaki Terbaik tahun ini bagi Anugerah Dubai Globe.

Anugerah serupa untuk wanita pula diberikan kepada pemain England, Lucy Bronze.

Dalam ucapannya selepas penerimaan anugerah, Lucy berkata anugerah tersebut ditujukannya kepada bola sepak wanita dan semua wanita yang terlibat dalam sukan itu.

Juergen Klopp pula dipilih untuk anugerah Jurulatih Terbaik kerana berjaya memimpin pasukannya, Liverpool, sehingga merangkul piala Liga Juara-juara UEFA 2018-2019.

Selain itu, Liverpool juga dipilih sebagai kelab terbaik tahun ini manakala Alisson Becker pula digelar sebagai penjaga gawang terbaik.

Sumber : Reuters/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan