Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Chelsea tidak patut kalah 4-0 kepada Man U, tegas Lampard

Frank Lampard menegaskan, Chelsea tidak sepatutnya kalah 4-0 di tangan Manchester United pada Ahad (11 Ogos). Keputusan itu adalah permulaan hambar bagi pengurus baru Chelsea itu selepas beliau, yang memegang rekod penjaring terbanyak kelab itu mengambil alih daripada Maurizio Sarri.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Chelsea tidak patut kalah 4-0 kepada Man U, tegas Lampard

Frank Lampard (kiri) (Gambar: AP Photo)

Diterbitkan : 12 Aug 2019 08:33AM Dikemas Kini : 12 Aug 2019 08:39AM

MANCHESTER: Frank Lampard menegaskan, Chelsea tidak sepatutnya kalah 4-0 di tangan Manchester United pada Ahad (11 Ogos).

Keputusan itu adalah permulaan hambar bagi pengurus baru Chelsea itu selepas beliau, yang memegang rekod penjaring terbanyak kelab itu mengambil alih daripada Maurizio Sarri.

Kekalahan itu adalah yang paling teruk pernah dialami oleh seorang pengurus Chelsea dalam perlawanan pembukaan sejak Danny Blanchflower kalah 7-2 di Middlesbrough pada Disember 1978.

Marcus Rashford menjaringkan gol pembukaan buat United menerusi tendangan penalti selepas Tammy Abraham gagal menjaringkan gol untuk Chelsea selepas percubaannya terkena tiang gol.

Ross Barkley dan Emerson Palmieri masing-masing cuba menjaringkan gol bagi pasukan Chelsea namun ia berjaya diselamatkan David de Gea.

Pada separuh kedua perlawanan, Rashford sekali lagi menjaringkan gol, disusuli gol oleh Anthony Martial dan Daniel James.

Prestasi lemah Chelsea pada separuh kedua menimbulkan tanda tanya tentang bekas pemain tengah England, Lampard, yang sebelum ini hanya mempunyai pengalaman satu musim sebagai pengurus kepada kelab taraf kedua, Derby.

Namun beliau menegaskan keputusan perlawanan amat perit buat Chelsea kerana mereka mengawal perlawanan bagi tempoh yang panjang.

'TANPA PEMAIN ANTARABANGSA'

"Empat kesilapan menyebabkan gol-gol itu, itu perlu kami akui kerana kami perlu muhasabah diri," lata Lampard.

"Namun selain itu, selama 60 minit kami mengawal perlawanan. Ia bukan satu perlawanan 4-0 untuk tempoh yang panjang namun kami perlu terima hakikat.

Chelsea beraksi tanpa pemain bintang mereka Callum Hudson-Odoi dan Antonio Rudiger yang cedera.

"Kami bermain tanpa pemain antarabangsa dan utama namun saya tidak ingin jadikannya sebagai alasan."

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan