Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola Sepak: Cardiff pertimbang tindakan undang-undang terhadap Nantes atas 'kecuaian' Sala

Cardiff City mungkin akan melancarkan satu tuntutan kecuaian terhadap Nantes seawal minggu depan jika satu laporan rasmi mendapati bahawa Emiliano Sala menaiki pesawat yang diterbangkan seorang juruterbang yang tidak mempunyai lesen yang betul, menurut Telegraph Britain.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola Sepak: Cardiff pertimbang tindakan undang-undang terhadap Nantes atas 'kecuaian' Sala

Pengurus Cardiff City, Encik Neil Warnock. (Gambar: Juan Mabromata/AFP)

Diterbitkan : 18 Feb 2019 09:31AM Dikemas Kini : 18 Feb 2019 09:36AM

LONDON: Cardiff City mungkin akan melancarkan satu tuntutan kecuaian terhadap Nantes seawal minggu depan jika satu laporan rasmi mendapati bahawa Emiliano Sala menaiki pesawat yang diterbangkan seorang juruterbang yang tidak mempunyai lesen yang betul, menurut Telegraph Britain.

Pasukan Liga Perdana, Cardiff sudah pun terlibat dalam satu pertikaian undang-undang dengan pasukan Perancis, Nantes berhubung sama ada mereka perlu, di bawah kontrak yang dipersetujui, membayar yuran pemindahan bagi pemain warga Argentina itu yang meninggal dunia tanpa bermain satu pun perlawanan dengan pasukan Wales itu.

Pemain bola sepak warga Argentina itu yang menandatangani kontrak pemindahan daripada kelab Perancis Nantes untuk AS$19.3 juta (S$26 juta), sedang dalam perjalanan ke Cardiff menaiki pesawat itu apabila ia dilaporkan hilang di Selat Inggeris pada 21 Jan.

Bangkai pesawat itu dijumpai di dasar laut. Mayat Sala sudah ditemui namun juruterbang Encik David Ibbotson masih belum dijumpai. Bangkai pesawat itu masih kekal di dasar laut.

Butiran mengenai bagaimana Sala meninggal dunia dan siapa yang bertanggungjawab mungkin akan dijelaskan tidak lama lagi oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara Britain, yang sebelum ini menyatakan bahawa ia berniat untuk menerbitkan satu laporan awal mengenai nahas itu sebulan selepas ia berlaku.

Menurut Telegraph, satu siasatan dalaman Cardiff tidak menemui sebarang bukti bahawa Ibbotson mempunyai lesen yang diperlukan untuk membawa penumpang bagi penerbangan komersil.

Sekiranya laporan AAIB menyokong pandangan itu, ia mungkin mewajarkan tuntutan kecuaian terhadap sesiapa yang merekrut Ibbotson sebagai juruterbang bagi penerbangan Sala.

Ejen-ejen, Encik Willie dan Encik Mark Mckay berkata bahawa mereka sudah membuat perancangan bagi penerbangan Sala tetapi tidak memilih pesawat mahupun juruterbang itu. Kedua-duanya berkhidmat untuk Nantes.

Sekiranya tuntutan kecuaian berjaya dilaksanakan terhadap Nantes, ia akan mengurangkan yuran pemindahan yang patut dilunaskan Cardiff kepada kelab Perancis itu.

Malahan, pembayaran itu boleh dikurangkan lagi jika Cardiff boleh menunjukkan bahawa pemindahan Sala tidak sempurna pada masa kematiannya kerana beliau belum lagi berdaftar untuk bermain dalam Liga Perdana.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan