Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Bayern setuju dapatkan khidmat pemain Sane dari Man City

Bayern Munich sudah bersetuju untuk menandatangani pemain sayap Leroy Sane dari Manchester City, menurut pelbagai laporan media di Jerman dan England pada Selasa (30 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Bayern setuju dapatkan khidmat pemain Sane dari Man City

Pemain sayap Manchester City, Leroy Sane. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Jul 2020 09:24AM Dikemas Kini : 01 Jul 2020 09:28AM

BERLIN: Bayern Munich sudah bersetuju untuk menandatangani pemain sayap Leroy Sane dari Manchester City, menurut pelbagai laporan media di Jerman dan England pada Selasa (30 Jun).

Pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan hampir menandatangani kontrak dengan Bayern tahun lalu sebelum mengalami kecederaan lutut.

Sky Sports dan BBC melaporkan kedua-dua kelab bersetuju dengan yuran sebanyak £54.8 juta (S$95 juta) manakala akhbar Jerman, Bild melaporkan yuran "sekurang-kurangnya 50 juta euro" (S$78.30 juta).

Bild menyatakan Sane akan menandatangani kontrak lima tahun bersama juara Jerman itu dengan yuran pemindahan jauh lebih rendah daripada 100 juta euro (S$157 juta) yang disebut tahun lalu.

Kontrak Sane di Manchester City akan tamat pada Jun 2021.

Akhbar sukan Kicker menyatakan perjanjian itu semakin "dekat."

Pemain antarabangsa Jerman itu membuat penampilan pertama Liga Perdana musim ini sebagai pemain gantian ketika berdepan Burnley minggu lalu.

Namun pengurus City, Pep Guardiola mengakui awal bulan ini bahawa Sane mungkin akan berpindah selepas menolak tawaran kontrak baru.

"Leroy berkata beliau tidak mahu menyambung kontrak musim depan dan ini bermakna beliau mahu meninggalkan kelab dan ia akan berlaku pada musim panas ini atau bila kontrak tamat," katanya.

"Saya fikir semua orang tahu jika ada perjanjian antara kedua-dua kelab di akhir musim ini, beliau akan meninggalkan kelab."

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan