Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Barcelona tumpaskan Man Utd untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara

Lionel Messi memanfaatkan dua kesilapan Manchester United untuk menjaringkan dua gol, sekaligus menghancurkan impian Red Devils sedang Barcelona melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara pada Selasa (16 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Barcelona tumpaskan Man Utd untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara

Pemain Barcelona, Lionel Messi (Gambar: AP Images)

Diterbitkan : 17 Apr 2019 09:37AM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 09:40AM

BARCELONA: Lionel Messi memanfaatkan dua kesilapan Manchester United untuk menjaringkan dua gol, sekaligus menghancurkan impian Red Devils sedang Barcelona melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara pada Selasa (16 Apr).

Meskipun memulakan perlawanan dengan baik, United dibolosi gol Messi sebanyak dua kali dalam masa hanya empat minit.

Philippe Coutinho menunjukkan antara permainannya yang terbaik musim ini dan menambah gol ketiga buat Barcelona. Barcelona mengakhiri perlawanan dengan keputusan 3-0, dan agregat 4-0.

"Kedudukan kami tergugat selama lima minit kerana pihak lawan bermain dengan baik," kata jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde. "Namun untuk lagi 85 minit kami bermain dengan agak baik."

Liverpool, yang mendahului dengan keputusan agregat 2-0 bila berdepan dengan Porto pada Rabu, dijangka pencabar utama Barca dalam usahanya melangkah ke peringat akhir. Barca kali terakhir memenangi kejuaraan itu pada 2015.

"Dari awal kami sudah katakan perubahan tidak akan berlaku secara mendadak," jurulatih United Ole Gunnar Solskjaer berkata selepas perlawanan. "Dalam beberapa tahun yang akan datang kami akan bekerja keras untuk menyamai taraf Barcelona dan pasukan-pasukan sepertinya."

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan