Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Ashley Cole umum bersara

Bekas pemain pertahanan kiri England, Arsenal dan Chelsea, Ashley Cole mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Ashley Cole umum bersara

Ashley Cole beraksi di dalam perlawanan antara Nottingham Forest dengan Derby County di The City Ground, Nottingham, Britain pada 25 Februari 2019. (Gambar: Matthew Childs/Action Images)

Diterbitkan : 19 Aug 2019 10:43AM Dikemas Kini : 19 Aug 2019 10:46AM

REUTERS: Bekas pemain pertahanan kiri England, Arsenal dan Chelsea, Ashley Cole mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.

Selepas meninggalkan Chelsea pada 2014, beliau sempat beraksi untuk Roma, LA Galaxy dan terbaru Derby County.

Cole, 38, sudah tamat kontrak bermain di Derby County pada penghujung musim 2018-19 dan berkata beliau kini merancang memberi tumpuan kepada bidang kejurulatihan.

“Selepas memikirkan sebaik-baiknya, ini adalah masa untuk menggantung sepatu bola saya dan melihat pada tahap seterusnya.” kata Cole.

Cole pernah bermain untuk England sebanyak 107 kali dan mencipta sejarah sebagai salah seorang daripada hanya sembilan pemain yang telah membuat lebih 100 penampilan bersama England.

Beliau juga telah memenangi 13 trofi utama, termasuk tiga gelaran Liga Perdana England.

Cole merupakan sebahagian daripada pasukan 'Invincibles' Arsenal yang menjulang Liga Perdana dalam aksi tanpa kalah pada musim 2003-2004.

Beliau juga memenangi Liga Juara-Juara bersama Chelsea pada 2011-12 dan Piala Europa musim berikutnya.

Selepas menyertai Derby County pada Januari, beliau bekerja di bawah pengurusan bekas rakan sepasukannya di Chelsea, Frank Lampard dan membantu kelab itu beraksi sehingga perlawanan penentuan Liga Kejuaraan sebelum tewas kepada Aston Villa. 

Sumber : Reuters/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan