Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Arteta cabar pemain ganti Aubameyang

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta meminta para pemainnya “tingkatkan permainan” dan memenuhi ruang ditinggalkan Pierre-Emerick Aubameyang berikutan dikenakan penggantungan tiga perlawanan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Arteta cabar pemain ganti Aubameyang

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Jan 2020 09:41PM Dikemas Kini : 16 Jan 2020 09:43PM

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta meminta para pemainnya “tingkatkan permainan” dan memenuhi ruang ditinggalkan Pierre-Emerick Aubameyang berikutan dikenakan penggantungan tiga perlawanan.

Pemain antarabangsa Gabon itu yang membuka jaringan ketika seri 1-1 di Crystal Palace, Sabtu lalu diberikan kad kuning kerana terjahan terhadap Max Meyer tetapi rakaman video bantuan pengadil menukar hukuman itu kepada kad merah.

Arsenal merayu terhadap hukuman Aubameyang tetapi ia tetap dilaksanakan.

Bekas pemain Borussia Dortmund berusia 30 tahun itu sudah menjaringkan 14 daripada 29 gol Arsenal dalam Liga Perdana musim ini.

“Para pemain harus tingkatkan permainan,” kata Arteta semalam apabila ditanya sama ada akan terasa kehilangan kapten mereka itu.

“Anda tahu, apabila seorang daripada pemain utama anda tidak ada di sana, mereka perlu mengambil tanggungjawab. Saya yakin apabila mereka tidak bermain, mereka mahu menukar dan mereka bercakap.

“Ini masanya mereka membuktikan di padang, bukan di luar. Anda masuk ke sana, memberi kesan yang beliau pernah lakukan dan anda perlu tunjukkan kepada saya yang anda sama bagus atau lebih baik daripadanya. Anda ada peluang.”

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan