Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bola sepak: Anugerah Pemain Terbaik PFA 2019 milik Van Dijk

Tonggak pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk dinobatkan sebagai pemenang anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bolasepak Profesional England (PFA) 2019, pada Ahad (28 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak: Anugerah Pemain Terbaik PFA 2019 milik Van Dijk

Virgil van Dijk. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 Apr 2019 10:18AM Dikemas Kini : 29 Apr 2019 10:22AM

LONDON: Tonggak pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk dinobatkan sebagai pemenang anugerah Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bolasepak Profesional England (PFA) 2019, pada Ahad (28 Apr).

Van Dijk mengikuti jejak rakan sepasukannya di Liverpool, Mohamed Salah yang memenangi anugerah sama tahun lalu, diundi oleh pemain-pemain dan disaingi penyerang Manchester City, Raheem Sterling.

Bagaimanapun Sterling, 24, memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik PFA mengikuti langkah rakan sepasukannya dari City, Leroy Sane.

Van Dijk menyertai Liverpool dari Southampton dengan nilai £75 juta (S$131 juta) pada Januari 2018.

Pemain kebangsaan Belanda berusia 27 tahun itu menjadi antara tonggak Liverpool dalam usaha pasukan itu mencabar kejuaraan City dalam Liga Perdana England pada musim ini.

Kehadiran Van Dijk jelas meningkatkan jentera pertahanan Reds dengan pasukan itu mencatatkan 20 perlawanan tanpa bolos dan hanya melepaskan 20 gol pada musim ini.

“Saya fikir sukar untuk menggambarkannya dengan kata-kata,” kata Van Dijk yang muncul pemain pertahanan pertama memenangi anugerah berkenaan sejak pemain Chelsea, John Terry memenanginya 14 tahun lalu.

“Saya fikir ia adalah penghargaan paling tinggi yang kamu boleh peroleh sebagai pemain apabila diundi sebagai pemain terbaik tahunan oleh pemain-pemain yang kamu tentang setiap minggu. Ia istimewa. Saya berasa dihormati dan amat bangga untuk menerimanya.”

Van Dijk yang akan mengharungi saingan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona pada minggu ini menambah: “Jika kamu melihat standard penyerang atau pemain tengah yang kami miliki di liga ini, ia sukar dipercayai.”

Sementara itu, pemain kebangsaan England, Sterling turut dipuji atas usahanya bersuara mengenai masalah perkauman yang melanda bola sepak.

Bagi kategori wanita, anugerah Pemain Terbaik PFA dimenangi pemain Arsenal, Vivianne Miedema yang membantu Gunners menjulang gelaran Liga Super Wanita yang kali terakhir dimenanginya pada 2012. 

Sumber : AFP/EM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan