Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bintang remaja Jepun Hiroki Abe sertai Barcelona FC

Barcelona mengumumkan pada Isnin (15 Jul) bahawa pihaknya sudah menandatangani kontrak dengan pemain sayap muda Jepun, Hiroki Abe dari Kashima Antlers yang beraksi dalam Liga J.

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang remaja Jepun Hiroki Abe sertai Barcelona FC

Barcelona meterai perjanjian dengan Hiroki Abe. (Gambar: Luis ACOSTA/AFP)

Diterbitkan : 16 Jul 2019 08:19AM Dikemas Kini : 16 Jul 2019 08:22AM

BARCELONA: Barcelona mengumumkan pada Isnin (15 Jul) bahawa pihaknya sudah menandatangani kontrak dengan pemain sayap muda Jepun, Hiroki Abe dari Kashima Antlers yang beraksi dalam Liga J.

Kelab itu menyatakan bahawa pihaknya membayar 1.1 juta euro (S$1.68 juta) untuk mendapatkan pemain berusia 20 tahun itu dan meletakkannya dalam pasukan simpanan.

Pemain itu akan beraksi dalam divisyen ketiga, Seguna B Sepanyol.

Menurut Barcelona, Abe menandatangani kontrak selama empat tahun dengan klausa pembelian semula bernilai 40 juta euro (S$61 juta) yang akan meningkat kepada 100 juta euro (S$152 juta) jika beliau ditawarkan beraksi dalam kesebelasan utama.

“Beliau dianggap sebagai bintang bola sepak Jepun menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020," menurut Barca menerusi laman webnya.

Abe, yang membuat penampilan sulung di Copa Amerika bulan lalu mampu bermain di semua posisi barisan hadapan, namun "sering digunakan di sayap kiri," menurut kelab berkenaan.

Beliau dinobat pemain muda terbaik Liga J pada 2018 semasa Kashima menjuarai Piala Liga Juara-Juara Asia pada musim yang sama.

Beliau membuat 79 penampilan untuk Kashima sepanjang lebih tiga musim lalu dan berhasil menjaringkan 10 gol.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan