Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bintang Piala Dunia England 1966, Jack Charlton meninggal dunia

 Bekas pemain England yang memenangi Piala Dunia 1966, Jack Charlton meninggal dunia pada usia 85 tahun, menurut bekas pasukannya, Leeds United, hari ini (11 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang Piala Dunia England 1966, Jack Charlton meninggal dunia

Bekas pemain England yang memenangi Piala Dunia 1966, Jack Charlton. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Jul 2020 08:05PM Dikemas Kini : 11 Jul 2020 08:11PM

LONDON: Bekas pemain England yang memenangi Piala Dunia 1966, Jack Charlton meninggal dunia pada usia 85 tahun, menurut bekas pasukannya, Leeds United, hari ini (11 Jul).

Charlton - abang kepada seorang lagi pemenang Piala Dunia iaitu Bobby - memainkan watak penting untuk membantu Leeds United memenangi kejuaraan liga 1969 dan Piala FA 1972.

"Jack meninggal dunia pada Jumaat, 10 Julai pada usia 85 tahun. Beliau beradi di rumah di Northumberland, dengan keluarganya berada di sisinya," menurut satu kenyataan keluarga.

"Juga sebagai rakan kepada ramai, beliau seorang suami, ayah, datuk dan datuk moyang yang amat disayangi.

"Kami tidak dapat meluahkan betapa bangga kami terhadap kehidupan mengagumkan yang beliau menjalani dan kegembiraan yang beliau berikan kepada ramai orang di negara berbeza dan tidak kira latar belakang.

"Beliau seorang yang jujur, baik hati, kelakar dan ikhlas yang sering meluangkan waktu untuk rakannya.

"Pemergiannya itu adalah satu kehilangan besar dalam kehidupan kami tetapi kami bersyukur kerana mempunyai kenangan gembira bersamanya."

"Leeds United berada dalam kesedihan selepas legenda pasukan, Jack Charlton meninggal dunia malam tadi pada usia 85 tahun kerana sakit yang sekian lama," menurut Leeds dalam satu kenyataan.

"Charlton membuat rekod 773 penampilan bersama Leeds United dalam tempoh 23 tahun dan menjadi antara pertahanan tengah terbaik yang pernah disaksikan dalam arena bola sepak."

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan