Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bintang Muslim Perancis Paul Pogba 'tolak tepi' botol bir di sidang media EURO 2020

Sehari selepas Cristiano Ronaldo menjadi tajuk berita kerana menolak ke tepi dua botol Coca-Cola semasa satu sidang media dan kemudian menggalak orang ramai supaya sebaliknya meminum air jarang, Pogba pula tular setelah menolak ke tepi botol bir Heineken. 

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang Muslim Perancis Paul Pogba 'tolak tepi' botol bir di sidang media EURO 2020

Pemain bola sepak profesional Perancis, Paul Pogba. (Gambar: UEFA EURO 2020/Twitter)

Diterbitkan : 17 Jun 2021 01:57PM Dikemas Kini : 17 Jun 2021 02:05PM

LONDON: Sehari selepas Cristiano Ronaldo menjadi tajuk berita kerana menolak ke tepi dua botol Coca-Cola semasa satu sidang media dan kemudian menggalak orang ramai supaya sebaliknya meminum air jarang, Pogba pula tular setelah menolak ke tepi botol bir Heineken.

BBC melaporkan warga Perancis berusia 28 tahun itu, yang juga seorang Muslim, tidak membuat sebarang ulasan berhubung perkara tersebut. Beliau dengan berhati-hati mengetepikan botol bir tanpa alkohol itu dan meletakkannya di bawah meja semasa sidang media yang diadakan selepas tamat perlawanan.

Perkara itu dilakukan setelah Pogba memainkan peranan penting dalam kemenangan 1-0 Perancis dalam perlawanan Kumpulan F menewaskan Jerman di EURO 2020 dan dianugerahi 'pemain terbaik perlawanan' Heineken, lapor BBC.

Adalah difahamkan bahawa UEFA tidak menganggap tindakan kedua-dua pemain terkenal itu sebagai satu isu walaupun insiden-insiden itu melibatkan dua penaja berprofil tinggi.

Nilai pasaran bagi gergasi minuman Amerika itu jatuh sekitar AS$4 bilion (S$5.3 bilion) menyusuli tindakan Ronaldo. Coca-Cola, yang bernilai hampir AS$240 bilion, bagaimanapun menolak kesannya.

"Setiap orang berhak memilih minuman mereka," menurut Coca-Cola dalam kenyataannya sambil menambah setiap individu mempunyai "cita rasa dan keperluan" berbeza, tukil BBC.  

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan