Bintang Man City De Bruyne menang Anugerah Pemain Terbaik PFA dua tahun berturut-turut
Pemain tengah Manchester City Kevin de Bruyne dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Bola Sepak Profesional (PFA) untuk musim kedua berturut-turut selepas warga Belgium itu memimpin pasukannya tampil menjadi juara Liga Perdana England (EPL).
LONDON: Pemain tengah Manchester City Kevin de Bruyne dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Bola Sepak Profesional (PFA) untuk musim kedua berturut-turut selepas warga Belgium itu memimpin pasukannya tampil menjadi juara Liga Perdana England (EPL).
De Bruyne menjaringkan enam gol dan bantu menyumbat lagi 12 gol sedang City meraih kejuaraan liga buat kali ketiga dalam empat musim selain menjulang Piala Liga dan menempah tempat dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.
Pemain 29 tahun itu merupakan pemain ketiga untuk memenangi anugerah tersebut berturut-turut selain bekas penyerang Arsenal, Thierry Henry dan bekas pemain depan Manchester United, Christiano Ronaldo.
"Sangat luar biasa. Anda bercakap tentang dua legenda dalam sukan ini - salah seorang adalah pemain penyerang terbaik (Henry) dan seorang lagi merupakan seorang daripada dua pemain terbaik dunia (Ronaldo). Jadi untuk meraih pengiktirafan seperti mereka sangat luar biasa," luah De Bruyne.
"Saya sangat seronok bermain dengan pasukan ini. Saya melanjutkan kontrak dengan memahami cara permainan pasukan ini. Saya sangat gembira di sini.
"Kami bersaing untuk memenangi setiap trofi dan itu kena dengan perangai saya yang suka persaingan. Pasukan ini hebat dan mendorong saya untuk memberi yang terbaik setiap hari."
De Bruyne turut diumumkan sebagai antara pemain dalam Pasukan Terbaik PFA pada Jumaat (4 Jun). Beliau merupakan satu-satunya pemain yang dapat mempertahankan tempatnya dalam pasukan 2019-2020 itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.