Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Bintang Liverpool Mohamed Salah 'tiba-tiba menghilang'; peminat jadi bingung

Peminat kebingungan pada Rabu (23 Jan) selepas penyerang Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah, kelihatan seolah-olah sudah memadamkan kesemua akaun media sosialnya yang diikuti berjuta-juta peminat.

Anggaran Waktu Membaca:
Bintang Liverpool Mohamed Salah 'tiba-tiba menghilang'; peminat jadi bingung

Mohamed Salah berjaya mempertahankan anugerah Pemain Terbaik Afrika. (Gambar: Seyllou/AFP)

Diterbitkan : 23 Jan 2019 10:28PM Dikemas Kini : 23 Jan 2019 10:32PM

KAHERAH: Peminat kebingungan pada Rabu (23 Jan) selepas penyerang Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah, kelihatan seolah-olah sudah memadamkan kesemua akaun media sosialnya yang diikuti berjuta-juta peminat.

Akaun Facebook, Instagram dan Twitter Salah, yang disanjungi di Mesir dan Liverpool, tiba-tiba menghilang sehari selepas beliau menulis catatan yang seolah-olah tersembunyi maksudnya di Twitter.

"Azam 2019: Masa untuk benar-benar saling berhubung antara satu sama lain," menurut catatan terakhirnya yang dipetik dan dikongsi ramai di media sosial.

Mereka yang cuba mengunjungi akaun Twitternya pada Rabu hanya dapat melihat mesej, "Maaf, halaman ini tidak lagi wujud!".

Di Instagram pula, satu mesej berbunyi "Pautan yang anda ikuti mungkin rosak, atau halaman ini mungkin sudah dipadam." Mesej serupa turut kelihatan di laman Facebook.

Juga tidak jelas sama ada ia sengaja dipadamkan.

Sesetengah peminat membuat andaian bahawa Salah memadamkan akaunnya akibat pertikaiannya dengan Persatuan Bola Sepak Mesir berhubung hak ke atas gambar-gambarnya.

Sesetengah pihak pula menyangka ia adalah sebahagian daripada azam tahun baru.

Salah menggemparkan Liga Perdana England selepas ditandatangani oleh Liverpool pada musim 2017, dengan menjaringkan 50 gol untuk kelab Inggeris itu dalam hanya 72 perlawanan.

Awal bulan ini, Salah dinobat Pemain Terbaik Afrika buat dua tahun berturut-turut.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan